Bencana gempa bumi di Sichuan menjadi tumpuan rakyat seluruh negara.
Siswa-siswi dan pensyarah dari Universiti Tsinghua China aktif menderma darah, manakala Tianjin menyumbang 5 juta yuan RMB dan menghantar pasukan teknikal ke zon bencana Sichuan. Tangshan dan Xingtai yang pernah mengalami gempa bumi pula menubuhkan pasukan penyelamat yang akan berlepas ke zon bencana apabila diperlukan.
Pelbagai lapisan masyarakat Hong Kong menyumbang derma sebanyak 50 juta dolar Hong Kong, manakala Makau menderma wang sebanyak 100 juta yuan RMB.
Menurut sumber Kementerian Hal Ehwal Awam China, setakat pukul 6.00 petang semalam, derma yang disumbang oleh pelbagai kalangan masyarakat China mencecah 220 juta yuan RMB.
|