Sebuah pasukan penyelamat berjaya memulihkan laluan ke Kaunti Wenchuan pada pukul 11.15 malam semalam.
Terdapat 800 orang askar sedang melakukan kerja menyelamat di kaunti itu.
Sebelum ini, pasukan barisan hadapan yang terdiri daripada 30 orang tiba di Kampung Yingxiu, Wenchuan dengan berjalan kaki dan 300 orang dapat diselamatkan.
Pegawai Kaunti Wenchuan memaklumkan, seramai 30 ribu orang penduduk tempatan berada di tempat perlindungan, manakala keadaan 60 ribu orang lagi belum diketahui.
|