Masyarakat antarabangsa terus menyalurkan dana dan bantuan kemanusiaan kepada China.
Jurucakap Rumah Putih, Dana Perino mengumumkan, A.S. akan menyumbang bantuan bernilai 500 ribu dolar Amerika kepada China. Selepas pasukan jurutera mengadakan tinjauan di zon bencana, A.S. akan mempertimbangkan penyediaan bantuan tambahan.
Norway akan menderma wang sebanyak 3.9 juta dolar Amerika. Menteri Pembangunan Antarabangsa dan Persekitaran Norway, Erik Solheim menyatakan, sekiranya China memerlukan kelengkapan khas atau bantuan lain, pihaknya akan cuba mendapatkannya.
Jerman sudah menyalurkan bantuan pertama yang bernilai 500 ribu Euro kepada Sichuan menerusi Pasukan Palang Merah negara itu.
Kementerian Luar Perancis menyatakan, pihaknya akan menyediakan kakitangan, kelengkapan dan barang bantuan kepada China, khususnya penyelamat profesional.
Menteri Kecemasan Ukraine, Volodymyr Shandra pula berkata, pihaknya akan menghantar sebuah hospital bergerak yang terdiri daripada 102 orang ke China untuk bantuan perubatan kepada mangsa.
|