Lebih ramai pemimpin dan pegawai pertubuhan antarabangsa mengutus kawat takziah kepada Presiden Hu Jintao dan Perdana Menteri Wen Jiabao untuk menyatakan simpati ke atas bencana gempa di Sichuan.
Raja Kemboja,Norodom Sihamoni dan bapanya Norodon Sihanouk menyampaikan simpati mereka kepada mangsa bencana dan percaya rakyat China sedaya upaya akan membangunkan semula kampung halaman yang musnah dengan secepat mungkin.
Pemimpin Tertinggi Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) Kim Jong-Il menyampaikan simpati kepada Parti Komunis, kerajaan dan rakyat China dan berharap rakyat China dapat mengatasi bencana itu dengan seawal mungkin.
Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam, Nong Duc Manh, Presiden Nguyen Minh Triet dan Perdana Menteri Nguyen Tan Dung menyatakan mereka percaya dengan pimpinan Parti Komunis dan kerajaan China, penduduk di kawasan bencana akan mengatasi kesukaran dengan secepat mungkin dan kembali kepada kehidupan biasa.
Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Eropah, Jose Manuel Barroso menyampaikan rasa dukacita terhadap mangsa dan keluarga mereka. Beliau menyatakan Kesatuan Eropah akan menyokong dengan sepenuhnya usaha penyelamatan China dan menyalurkan bantuan ke kawasan bencana.
Selain itu, Maharaja Jepun, Raja Thailand, Sultan Brunei Darussalam, Raja Sweeden dan pemimpin India, Jerman, Perancis, Australia, Zambia, Pakistan, Afrika Selatan, Ukrain, Romani, Liberia, Ghana, Somalia, Rwanda dan pegawai daripada Pertubuhan Kerjasama Shanghai, Liga Arab, Bank Dunia dan Majlis Keselamatan PBB turut menyampaikan simpati kepada China.
|