Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Afrika Selatan, Moss Mashishi semalam menyampaikan rasa dukacita kepada mangsa bencana gempa di Sichuan. Beliau percaya bencana itu tidak akan mempengaruhi persiapan bagi Sukan Olimpik Beijing akan diadakan dengan jayanya.
Moss Mashishi menilai tinggi operasi bantuan kerajaan China. Beliau amat terharu ketika menonton siaran berita menerusi TV tentang Perdana Menteri Wen Jiabao mengarahkan kerja-kerja penyelamatan di kawasan bencana.
Beliau percaya China akan mengambil tindakan yang paling berkesan untuk menyelamatkan penduduk dalam tempoh yang paling pendek serta memulihkan kehidupan rakyat dengan secepat mungkin. Sukan Olimpik Beijing juga akan diadakan dengan berjaya.
Menurut Moss Mashishi, seramai 160 orang atlet Afrika Selatan yang akan menyertai Sukan Olimpik Beijing menyampaikan simpati kepada mangsa bencana gempa di Sichuan. Mereka sedang mengikuti latihan untuk menyertai Sukan Olimpik Beijing tanpa sebarang kebimbangan.
|