Media asing menyiarkan rencana semalam menceritakan keadaan bencana gempa di Sichuan China. Media Malaysia, A.S., Jepun , Thailand, Australia, Britain, Newziland, Swiss dan Jerman mengkagumi usaha-usaha penyelamatan yang dijalankan kerajaan China.
Akhbar Malaysia berbahasa Inggeris dan Mandarin pada halaman utamanya memuat rencana tentang situasi di kawasan yang dilanda gempa di Sichuan. Beberapa laman web yang dikendalikan badan media sentiasa menyiarkan maklumat terbaru tentang kawasan bencana gempa.
Akhbar Lianhezaobao Singapura menyiarkan rencana pengarang hari ini yang berpendapat kerajaan China mengambil tindakan segera penyelamatan dan medianya melaprokan peristiwa itu dengan amat cepat. Langkah segera demikian dapat membantu rakyat mengetahui berita dengan lebih berkesan.
Stesen TV Negara Thailand dalam program tengah hari semalam menyiarkan wawancara terhadap kuasa usaha kedutaan China ke Thailand, Zhang Guoqing. Beliau menceritakan situasi di kawasan bencana dan kerja-kerja myelamat kerajaan.
Rencana yang disiarkan oleh Agensi Berita AP memuji tindakan penyelamatan kerajaan China yang cepat dan ini mencerminkan perhatian pemimpin China terhadap kerja-kerja menyelamat. Serentak itu, tindakan kerajaan China itu turut membuktikan, kemampuan negara itu mengatasi seberang masalah yang mungkin berlaku dalam tempoh Sukan Olimpik berlangsung.
Selain itu, media Jepun, Australia, Britain, Jerman, Newzealand dan Switzerland turut melaporkan situasi di kawasan bencana Sichuan dan yakin kerajaan China berkemampuan mengatasi bencana.
|