Menurut statistik, setakat pukul 2.00 petang, angka kematian gempa bumi meningkat kepada 14,866 orang, antaranya 14,463 orang penduduk Sichuan.
Perdana Menteri Wen Jiabao pergi ke beberapa kawasan bencana yang paling dahsyat di Sichuan untuk membimbing operasi menyelamat di sana hari ini.
Wen Jiabao berdiri di sebelah runtuhan bangunan Sekolah Menengah Beichuan dan berkata, sekarang seramai 100,000 orang sedang menyertai operasi menyelamat. Mereka akan menjalankan misi di setiap kaunti, pekan dan kampung, sepenuh tenaga mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan berikutan gempa bumi. Menyelamat nyawa merupakan misi utama pasukan penyelamat. Petang tadi, Wen Jiabao menaiki helikopter menuju ke Kaunti Wenchuan, pusat kawasan bencana untuk meninjau keadaan di sana.
Wen Jiabao menyatakan, sekiranya segala pihak bersatu-padu dan saling membantu tentu akan mengatasi segera bencana kali ini.
|