Radio Antarabangsa China (CRI) menyiarkan segera berita tentang keadaan bencana gempa di Sichuan dan kemajuan operasi menyelamat kepada dunia luar melalui siaran radio dan laman web dalam 52 jenis bahasa sebaik sahaja kejadian itu berlaku.
Serentak itu, CRI menggalakkan kakitangan menderma wang kepada mangsa bencana.
Di samping itu, laman web bahasa mandarin CRI (www.cri.cn) bersama dengan Tabung Palang Merah China mengeluarkan seruan kepada pelayar laman web sejagat supaya mereka turut menderma wang dan barangan kepada mangsa bencana.
|