Kereta api khas yang mengangkut 20 buah ambulans untuk kawasan bencana gempa bertolak dari bandar raya Tianjin ke Chengdu, Sichuan hari ini. Provinsi Liaoning mengerahkan pasukan penyelamat kesihatan yang terdiri daripada 120 orang membawa bersama bekalan ubat-ubatan dan mesin rawatan ke kawasan bencana. Di samping itu, provinsi Fujian menderma 5 juta yuan RMB, lebih 10 ribu buah khemah, 20 ribu selimut dan 90 ribu helai baju dan seluar tebal. Pelbagai lapisan masyarakat di provinsi Shanxi menderma lebih 90 juta yuan RMB ke kawasan bencana.
|