Walaupun jalan yang menuju ke kawasan pusat gempa bumi, iaitu kaunti Wenchuan, masih belum dapat dilalui, namun ribuan orang tentera dan polis China tentera telah berjaya memasuki tempat itu melalui udara, laluan air dan berjalan kaki untuk menjalankan usaha menyelamat.
Oleh sebab bekalan kuasa elektrik dan telekomunikasi di Wenchuan terputus selepas gempa bumi itu, maka maklumat tentang nasib seratus ribu orang penduduk di kawasan tersebut tidak dapat diketahui pada hari pertama. Sementara itu, tanah runtuh di kawasan gunung akibat gempa bumi telah memutuskan jalan ke luar dari Wenchuan. Selain itu cuaca yang buruk dan gempa susulan mengakibatkan tertangguhnya usaha anggota penyelamat untuk masuk ke kawasan itu. Walau bagaimanapun, kerajaan China mengarahkan pasukan tentera supaya berusaha sedapat yang mungkin untuk memasuki Wenchuan secepatnya.
Sejak pasukan pertama berjaya memasuki pekan Yingxiu di kaunti Wenchuan dengan berjalan kaki kelmarin, semakin banyak pasukan penyelamat China yang telah memasuki kawasan pusat gempa bumi itu.
Seramai 200 orang anggota yang diketuai oleh Ketua Turus sebuah pasukan polis tentera, Wang Yi, telah berjalan kaki selama lebih 20 jam dan berjaya memasuki kaunti Wenchuan pada tengah malam 13 hari bulan. Menurut beliau, situasi di sana amat teruk.
"Menurut maklumat yang diterima setakat ini, jumlah orang yang cedera di kawasan padat kaunti ini mencatat lebih 3000 orang. Satu pertiga daripada bangunan di sini telah musnah. Kampung-kampung disekitar pergunungan pun habis musnah. Jumlah sebenar orang yang hilang dan cedera belum dapat dikira kerana masalah perhubungan yang terputus."
Dimaklumkan bahawa jumlah penduduk di pekan Yingxiu, kaunti Wenchuan ialah lebih 10 ribu orang, tetapi hanya 2300 orang sahaja yang terselamat, antaranya lebih 1000 orang cedera parah.
Pasukan tentera telah menurunkan melalui paying terjun barang-barang bantuan seperti alat komunikasi satelit, kelengkapan perubatan dan selimut ke kawasan bencana yang teruk itu. Helikopter tentera yang memuatkan barang bantuan dan anggota penyelamat juga mendarat di kaunti Wenchuan dan membawa keluar mangsa yang cedera ke Chengdu untuk diberi rawatan.
Sebuah pasukan jurutera juga tiba di kaunti Wenchan dengan dibawa helikopter untuk membina pusat komunikasi di sana. Di samping itu, hari ini pasukan tentera akan menerjunkan kelengkapan telefon bimbit ke kaunti Wenchuan. Dengan itu orang di kaunti ini berkemungkinan berhubung dengan pihak luar melalui telefon bimbit.
Sementara itu, sebuah pasukan perubatan yang terdiri daripada 30 orang anggota juga telah memasuki kaunti Wenchuan untuk merawat mangsa-mangsa di sana.
Pada petang semalam, Perdana Menteri China, Wen Jiabao juga meninjau situasi bencana di kaunti ini dengan menaiki helikopter. Beliau memberikan galakan kepada penduduk tempatan dengan menyatakan bahawa pasukan penyelamat akan menyelamatkan mangsa dengan sedaya upaya. Beliau berkata, "kerajaan pusat tentu akan menyelamatkan semua mangsa dalam bencana gempa bumi ini. Kami akan mengangkut semua mangsa yang cedera ke luar dengan helikopter supaya mereka mendapat rawatan secepat yang mungkin. Sekarang kami sedang berusaha mengatur penerbangan. Pagi tadi, lebih 50 orang mangsa telah diangkut ke luar. Kami akan meningkatkan usaha pengangkuatan supaya lebih ramai orang yang cedera dapat dirawat."
Menurut maklumat dari Wenchuan, kemudahan pembedahan, plasma darah dan ubat-ubatan untuk pertolongan cemas, serta barang-barang keperluan harian seperti makanan, air minuman, selimut dan khemah sangat diperlukan di kawasan tersebut. Tetapi, barang keperluan yang banyak ini tidak dapat dihantar akibat jalan raya ke Wenchuan rosak teruk. Timbalan Menteri Komunikasi China, Feng Zhenglin menyatakan bahawa mereka sedang berusaha memintas jalan menuju ke Wenchuan.
Beliau berkata, "kami sedang berusaha memintas empat jalan yang menuju ke kawasan pusat bencana gempa bumi. Kerja memintas jalan ini sangat susah dijalankan. "
Oleh sebab cuaca semakin cerah pada petang semalam, usaha menyelamat dapat dipercepat. Kini, pelbagai pihak sedang bertungkus lumus membaiki jalan supaya lebih banyak pasukan penyelamat dapat memasuki Wenchuan untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap dengan secepat mungkin.
|