Perantau China, orang Cina dan pelajar seberang laut di Indonesia, Thailand, Filipina, Qatar, Kanada, A.S., Australia, Afghanistan dan Mexico giat menyumbang derma secara aktif kepada mangsa-mangsa Sichuan.
Pengerusi Persatuan Perniagaan Cina Thailand, Suthee Minchainun mewakili persatuan perniagaan itu menyumbang derma berjumlah 2 juta bhat Thailand. Pengerusi Persatuan Tio Chew Thailand (RM 220 ribu), Kraisorn Chansiri yang mewakili persatuan itu menyumbang derma berjumlah 2 juta bhat Thailand (RM 220 ribu), di samping sumbangan peribadi berjumlah 4 juta bhat Thailand (RM 440 ribu).
Perantau China dan orang Cina di Filipina mula menyumbang derma berjumlah lebih 2 juta yuan RMB.
Akhbar Harian Antarabangsa Indonesia yang berbahasa Mandarin dalam ulasan semalam menyeru perantau China dan orang Cina bersama-sama membantu usaha menyelamat mangsa-mangsa bencana. Setakat ini, perantau China dan orang Cina di Indonesia menyumbang derma berjumlah 110 ribu dolar Amerika dan 35 ribu yuan RMB
|