Lebih 3000 orang daripada 6000 orang pelancong yang terkandas di Jiuzhaigou telah dipindah ke tempat selamat. Menurut maklumat terkini Kumpulan Pimpinan dan Penyelaras Gempa Bumi Jabatan Pentadbiran Pelancongan Negara China pada awal pagi ini, 2517 orang lagi akan selesai dipindah ke tempat selamat hari ini.
Kumpulan itu juga berkata, 11 orang pelancong Taiwan yang terperangkap di kereta kabel Gunung Lingyan, Dujiangyan terselamat, tetapi seorang lelaki yang berumur 56 tahun terkorban.
Selepas gempa Isnin lalu, lebih 50 orang warga asing terkandas di kawasan bencana tersebut, termasuk 19 orang pelancong Britain dan 12 orang tetamu A.S. dari Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF). Setakat pukul 10.00 malam tadi, mereka ditempatkan di Vila Wolong zon perlindungan alam panda Wolong Wenchuan. Pada tengah hari ini, mereka tiba di Chengdu dengan helikopter.
|