Jumlah mangsa ekoran gempa bumi Sichuan mencecah 10 juta orang.
Setakat pukul 2.00 petang semalam, angka kematian mencatat 19,509 orang.
Perdana Menteri Wen Jiabao menegaskan, tugas utama sekarang ialah segera menyelamatkan mangsa yang masih hidup.
Beliau tiba di bandar Guangyuan pagi tadi dan mengadakan tinjauan ke Kaunti Qingchuan yang mengalami kesan kemusnahan yang agak teruk.
Sehingga pukul 8.00 pagi tadi, seramai 130 ribu orang askar terlibat dalam kerja-kerja menyelamat, manakala 2,160 orang jururawat angkatan tentera China tiba di zon bencana. Seramai 16 ribu orang polis serta pelbagai pasukan kesihatan, pasukan penyelamat dan bomba dari seluruh negara tiba di kawasan-kawasan tersebut untuk kerja-kerja menyelamat.
Pihak tentera meluangkan 300 buah helikopter ke kawasan tersebut.
Sehingga kini, jumlah mangsa yang berjaya diselamatkan mencatat 65 ribu orang dan diberi rawatan segera. Peruntukan kerajaan pusat kepada zon bencana mencecah 1.11 bilion yuan RMB. Setakat pukul 3.00 petang ini, derma pelbagai lapisan masyarakat mencecah 1.344 bilion yuan RMB.
Menurut jurucakap Kementerian Luar, kerajaan China menyetujui Jepun menghantar penyelamat profesional untuk menyertai kerja-kerja menyelamat di Sichuan.
|