China akan meningkatkan kawalan terhadap dana dan barang-barang bantuan bagi menjamin mangsa-mangsa di kawasan bencana Sichuan dapat segera memperoleh bantuan tersebut.
Demikian dinyatakan oleh He Guoqiang, Setiausaha Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China semalam.
Beliau menyatakan, pegawai yang bersungguh-sungguh dalam kerja-kerja menyelamat akan mendapat ganjaran, sebaliknya yang mengabaikan tanggungjawab akan dikenakan hukuman.
|