v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Masyarakat Antarabangsa Terus Mengutus Kawat Simpati ke atas Mangsa Bencana Gempa di Sichuan

2008-05-15 11:32:24 CRI

Ramai pemimpin negara asing dan pegawai pertubuhan antarabangsa terus mengutus kawat takziah kepada Presiden Hu Jintao dan Perdana Menteri Wen Jiabao menyampaikan rasa dukacita terhadap bencana gempa di Sichuan. Mereka menyokong kerja-kerja menyelamat yang dijalankan kerajaan dan percaya kerajaan dan rakyat China akan dapat mengatasi bencana itu sebaik-baiknya.

Presiden Pakistan, Pervez Musharaff berada di kedutaan China di Pakistan untuk menyampaikan simpati kepada rakyat China. Perdana Menterinya, Yousuf Raza Gilani menyatakan akan membekalkan ubat-ubatan dan selimut kepada mangsa bencana tersebut.

Presiden Mesir, Mohamed Hosni Moubarak dan Menteri Luar Ahmed Ali Aboul Gheit menyatakan, dengan pimpinan kerajaan dan usaha-usaha keras keseluruhan penyelamat dapat memulihkan kehidupan rakyat kembali seperti biasa.

Selain itu, pemimpin Khazakhstan, Ukraine, Iran, Turki, Belgium, Mongolia, Lithuania, Croatia, Hungary, Latvia, Kongo turut menyampaikan simpati ke atas mangsa bencana gempa.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |