Masyarakat antarabangsa semalam terus menyalurkan bantuan wang dan kemanusiaan ke kawasan bencana gempa di Sichuan. Setakat ini, Arab Saudi menyumbang 50 juta dolar Amerika dan barangan bernilai 10 juta dolar Amerika kepada China. Kerajaan A.S. menyumbang bantuan sebanyak 500 ribu dolar Amerika. Dua pesawat pengangkut Rusia yang membawa barangan kemanusiaan tiba di Chengdu, Sichuan. Kerajaan Britain menyatakan akan menyalurkan bantuan barangan bernilai 1 juta paun ke kawasan bencana. Kerajaan Perancis menyatakan esok akan mengerahkan pesawat pengangkutan yang membawa barangan bernilai 250 ribu Euro ke kawasan bencana. Tokoh-tokoh pelbagai kalangan Jepun juga menyumbangkan derma wang dan barangan ke kawasan bencana. Selain itu, kerajaan Belgium, Itali, Mexico, Republik Korea, Pakistan, India dan Tabung Kanak-kanak PBB juga memberikan bantuan kepada kerajaan China.
|