Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China mengadakan mesyuarat sekali Lagi semalam untuk membincang dan mengatur kerja-kerja menyelamat di kawasan gempa. Mesyuarat itu diketuai Setiausaha Agung Parti, Hu Jintao.
Dalam mesyuarat tersebut dinyatakan, bencana gempa di Sichuan menyebabkan sebilangan besar penduduk terkorban dan cedera, kesukaran yang dihadapi dalam operasi menyelamat besar-besaran. Jadi, kerajaan pelbagai tempat digesa menjadikan kerja-kerja menyelamat di kawasan gempa sebagai tugas utama dan paling mendesak sekarang. Selagi ada harapan, perlu sedaya-upaya menyelamat nyawa penduduk. Di samping itu, kehidupan penduduk di kawasan bencana mesti dirancang dengan teratur. Usaha perlu dibuat untuk terus mengumpul dan menghantar makanan, minuman, pakaian, selimut dan khemah ke kawasan tersebut. Serentak dengan itu, jabatan berkenaan perlu mempercepatkan pembersihan laluan dan pembaikpulihan bekalan elektrik dan perkhidmatan telekomunikasi untuk memastikan kerja-kerja menyelamat dijalankan dengan lancar.
|