v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Sampaikan Terima Kasih ke atas Bantuan Masyarakat Antarabangsa kepada Kawasan Bencana
2008-05-15 19:03:24 CRI

Kerajaan dan rakyat China berterima kasih ke atas bantuan dan kawat takziah daripada masyarakat antarabangsa selepas gempa bumi melanda Sichuan. Jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang menyatakan demikian dalam sidang akhbar di Beijing hari ini.

Beliau berkata, setakat pukul 2.00 petang tadi, kerajaan China menerima takziah dan bantuan daripada 151 buah negara dan 14 buah pertubuhan antarabangsa dan serantau.

Menurut statistik yang tidak lengkap, jumlah bantuan dana daripada masyarakat antarabangsa yang diterima China mencecah 100 juta dolar Amerika dan barangan bantuan bernilai lebih 10 juta dolar Amerika.

Menurut maklumat daripada jabatan penyelamatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Awam, kawasan dilanda bencana itu amat memerlukan khemah, selimut, makanan segera, alat komunikasi satelit, mesin penggali, ubat-ubatan dan alat-alat rawatan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |