v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Keupayaan China untuk Mengatasi Bencana Kian Meningkat

2008-05-15 17:12:51 CRI

Setelah gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter berlaku di kaunti Wenchuan, provinsi Sichuan, kerajaan dan pelbagai lapisan masyarakat China segera menjalankan operasi menyelamat di kawasan tersebut. Usaha kerajaan telah menguatkan keyakinan rakyat untuk mengatasi bencana dan disanjung tinggi oleh masyarakat antarabangsa.

Setelah gempa bumi itu berlaku, Presiden Hu Jintao segera memberikan arahan supaya menjalankan operasi menyelamat dilaksanakan. Perdana Menteri Wen Jiabao telah berangkat ke kawasan tersebut dalam tempoh 1 jam setengah setelah bencana itu berlaku. Sistem kecemasan membanteras bencana segera dikuatkuasakan di China. Pengarah Sekretariat Strategi Pengurangan Bencana Antarabangsa PBB Salvano Vriceno berkata: "Kecepatan reaksi kerajaan China untuk menangani bencana amat mengagumkan. Dalam masa 4 jam sahaja setelah bencana itu berlaku, anggota penyelamat telah tiba di kawasan tersebut."

Operasi menyelamat yang dijalankan oleh kerajaan China telah memperlihatkan kerjasama yang selaras antara pelbagai badan kerajaan. Jabatan Gempa Bumi, Kementerian Hal Ehwal Awam, tentera, badan perubatan, komunikasi dan telekomunikasi segera bersama-sama menjalankan operasi yang berkenaan untuk menjamin anggota penyelamat dan barang-barang bantuan dapat dihantar ke kawasan tersebut dengan secepat mungkin. Pada masa yang sama, pelbagai lapisan masyarakat telah mengadakan aktiviti mengutip derma berskala besar. Sehingga pukul 4 petang semalam, jumlah derma China telah mencapai 877 juta yuan RMB.

Operasi penyelamatan tersebut juga memperlihatkan keefisienan kerajaan China. Pasukan penyelamat telah mengatasi beberapa masalah akibat cuaca yang buruk dan jalan raya sudah rosak untuk menjalankan operasi menyelamat yang cepat. Sehingga pukul 8.00 pagi tadi, tentera China telah menyelamatkan lebih 5500 orang mangsa yang cedera dan memindahkan lebih 50 ribu orang ke kawasan yang selamat. Selain itu, tentera juga telah menggunakan kapal terbang untuk menghantar beberapa banyak barang-barang bantuan ke kawasan yang dilanda bencana.

Operasi menyelamat kali ini juga memperlihatkan daya dan kecekapan kerajaan China mengumpulkan dan mengumumkan maklumat. 10 minit setelah gempa bumi itu berlaku, Jabatan Gempa Bumi China telah memaklumkan kejadian itu kepada seluruh masyarakat. Stesen TV kerajaan China telah membuat siaran langsung yang tidak putus-putus tentang operasi penyelamatan yang dilaksanakan. Beberapa media dan laman sesawang juga membuat laporan terkini mengenai operasi tersebut. Laporan yang benar dan cepat daripada media telah menghilangkan kebimbangan rakyat.

Operasi menyelamat yang begitu cepat dan begitu tinggi keefisienannya adalah hasil daya ekonomi, sains dan teknologi China yang sudah meningkat secara besar-besaran dalam tempoh 30 tahun yang lalu iaitu sejak China mengamalkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka. Selain itu, sistem kecemasan menangani bencana di China juga kian sempurna. Pada tahun lalu, Undang-Undang Menangani Kejadian Kecemasan Republik Rakyat China telah dikuatkuasakan. Undang-undang tersebut telah menetapkan tanggungjawab kerajaan untuk menangani bencana. Selain itu, Peraturan Maklumat Terbuka Kerajaan yang baru dikuatkuasakan pada 1 Mei lalu telah menjamin peredaran maklumat yang lancar dan terbuka. Pakar pentadbiran kecemasan Institut Pentadbiran Awam Universiti Tsinghua, Peng Zongchao berkata: "Kerajaan China telah mencapai kejayaan untuk memberikan reaksi yang tepat, mengumpulkan anggota penyelamat serta mengumumkan maklumat yang berkenaan. Langkah-langkah tersebut telah banyak membantu mangsa dan menguatkan keyakinan rakyat dalam menangani bencana. Masyarakat China yang kian tenteram menjadi bukti daya kerajaan untuk menangani kejadian kecemasan."

Pada masa ini, operasi penyelamatan masih menghadapi beberapa cabaran seperti cuaca yang buruk dan jalan raya yang rosak. Jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Fadela Chaib berkata:

"China mempunyai banyak pengalaman untuk menangani bencana dan memiliki banyak pakar dalam bidang tersebut. Saya yakin China berupaya menangani kerja pasca bencana dengan baik."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |