v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Berusaha Melaksanakan Langkah Perubatan dan Mencegah Wabak Penyakit di Kawasan Bencana Gempa Bumi di Sichuan

2008-05-16 16:53:49 CRI

Walaupun dalam situasi gempa susulan berulang-ulang dan jalan raya yang terputus, ahli perubatan dari pelbagai tempat telah memasuki kawasan bencana melalui udara, jalan air dan berjalan kaki untuk menjalankan usaha menyelamat. Kerajaan China juga segera menghantar ubat-ubatan dan peralatan perubatan ke kawasan tersebut. Setakat pukul 10 pagi semalam, terdapat lebih 10 ribu orang anggota perubatan dari pelbagai tempat seluruh China melaksanakan keraja-kerja perubatan dan pencegahan wabak penyakit di kawasan bencana itu. Mereka telah memberikan pertolongan cemas kepada 23 ribu orang yang cedera. Dengan usaha mereka, tiada wabak penyakit atau peristiwa kecemasan kesihatan awam berlaku di kawasan bencana tersebut.

Selepas gempa bumi berlaku di Wenchuan, Kementerian Kesihatan China menggerakkan rancangan menghadapi kecemasan tahap 1 dengan serta merta. Pada malam pertama selepas gempa bumi itu berlaku, Kementerian Kesihatan telah menubuhkan sebuah pasukan bantuan perubatan yang terdiri daripada 700 orang ke kawasan bencana dengan membawa ubat-ubatan dan peralatan perubatan. Kerajaan Pusat China juga telah menyediakan dana khas sebanyak lebih 600 juta Yuan RMB untuk menjamin bekalan ubat-ubatan dan kelengkapan perubatan mencukupi.

Ketua Kumpulan Perubatan dan Kuarantin, Pusat Penyelaras Bantuan Bencana Gempa Bumi Dewan Negara China, Gao Qiang, dalam sidang akhbar di Beijing semalam telah menyatakan bahawa tugas pasukan-pasukan perubatan yang dihantar adalah untuk menjamin rawatan perubatan, pencegahan wabak dilaksanakan di semua kawasan yang dilanda gempa bumi, dan barang keperluan perubatan sampai ke tempat-tempat tersebut.

"Rawatan perubatan dan pencegahan wabak perlu dilaksanakan di semua kawasan bencana yang dilanda gempa bumi dan barang keperluan perubatan perlu dihantar segera. Walaupun jalan raya terputus, kita tetap akan berusaha menghantar jururawat, pakar pencegah wabak dan barang-barang perubatan ke kawasan bencana melalui udara atau jalan air. Kita akan berusaha untuk mengurangkan jumlah kematian atau kecacatan juga mencegah berlakunya wabak di kawasan bencana."

Di samping itu, pihak tentera China juga menghantar pasukan penyelamat perubatan ke kawasan bencana, begitu juga ubat-ubatan dan peralatan perubatan, juga dihantar ke kawasan itu. Pegawai kanan Pasukan Tentera Pembebasan Rakyat China, Ren Guoquan mengesahkan bahawa barang-barang keperluan perubatan yang disediakan pihak tentera telah dihantar dalam dua kali.

"Barang-barang yang disediakan oleh pihak tentera mengandungi ubat-ubatan pertolongan cemas, antiinfeksi dan pencegahan wabak serta kelengkapan kesihatan yang digunakan semasa peperangan. Setakat ini, barang-barang tersebut telah dihantar berperingkat-peringkat ke Chengdu dari 5 lapangan terbang. Kami juga telah menerima laporan dari tentera kawasan Chengdu bahawa ubat-ubatan yang diterima itu telah pun diterjunkan ke kawasan bencana pada pagi semalam."

Helikopter yang digunakan untuk menghantar barang-barang keperluan itu juga digunakan untuk mengangkut keluar orang yang cedera di kawasan bencana yang jalan ke luar masih terputus. Sebuah helikopter pasukan tentera udara yang beroperasi semalam telah membawa keluar 10 orang mangsa yang cedera parah dari pekan Yingxiu, kaunti Wenchuan. Seorang mangsa lelaki yang cedera berkata:

"Saya sangat terharu ketika melihat helikopter datang kerana saya tahu saya akan diselamatkan. Sebelum itu, saya berasa saya tidak boleh tahan lagi kerana luka saya agak teruk dan sudah kehilangan banyak darah."

Menurut Gao Qiang, walaupun sudah melampaui 72 jam, iaitu tempoh terbaik bagi menyelamat nyawa, tetapi kerajaan China tidak akan melepaskan peluang untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang terperangkap. Sementara itu, badan kesihatan telah melaksanakan banyak kerja penting, termasuk melindungi sumber air, mengantiseptik persekitaran dan mencegah wabak untuk menjamin penyakit tidak merebak dan wabak tidak berlaku selepas bencana.

Perdana Menteri China, Wen Jiabao dengan segera bertolak ke kawasan bencana selepas gempa bumi berlaku pada petang 12 haribulan lalu. Manakala Presiden China, Hu Jintao juga terbang ke Sichuan pagi ini untuk menenangkan mangsa di kawasan bencana serta menaikkan semangat para ahli penyelamat dan perubatan di sana.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |