v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Orang Cina Terus Menyumbang Derma kepada Kawasan Bencana Gempa China
2008-05-16 10:57:27 CRI

Perantau China, orang Cina, agensi modal China, Kedutaan Besar dan Konsulat Chin di negara-negara lain, serta pelajar China di seberang laut terus menyumbang derma untuk membantu mangsa-mangsa bencana.

Baru-baru ini, perantau China dan orang Cina di Rusia, Itali, Hungary, Filipina, Brazil, Chile dan Malaysia menyumbang derma kepada kawasan bencana gempa melalui pelbagai aktiviti kutipan derma. Antaranya, perantau China dan orang Cina di Brazil menyumbang derma berjumlah sejuta yuan RMB.

Perantau China dan orang Cina di Canberra, ibu negara Australia menyerahkan wang derma yang berjumlah 8.6 ribu dolar Australia (hampir 56 ribu yuan RMB) kepada Kedutaan Besar China di Australia petang semalam.

Setakat ini, perusahaan modal China di Vietnam menyumbang derma lebih 30 ribu yuan RMB kepada kawasan bencana tersebut.

Kedutaan Besar China di Myanmar, Vietnam, Rusia, Syria dan Brazil, serta Konsulat General China di Mandalay juga menghantar surat takziah dan menyumbang derma kepada mangsa-mangsa bencana.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |