Masyarakat antarabangsa baru-baru ini terus menyumbang derma kepada kawasan bencana gempa China untuk membantu kerajaan dan rakyat China menyelamat mangsa bencana gempa di Sichuan.
31 orang penyelamat profesional Jepun tiba di pekan Guanzhuang Kaunti Qingchuan Bandar Guangyuan pada pukul 9.45 pagi tadi. Ini merupakan pasukan penyelamat profesional asing yang pertama masuk ke kawasan bencana gempa di Provinsi Sichuan untuk menyertai kerja-kerja menyelamat.
50 orang penyelamat Rusia akan tiba di Chengdu pada pukul 6.00 petang ini. 38 orang penyelamat Rusia yang lain berlepas dari Rusia ke kawasan bencana tersebut hari ini.
55 orang penyelamat Republik Korea tiba di Chengdu pada 4.30 petang ini.
Pasukan penyelamat Singapura seramai 55 orang tiba di Chengdu pada 5.00 petang ini. Mereke membawa alat-alat gelidah yang canggih dan 4 ekor anjing pengesan.
Pagi tadi, pesawat pengangkutan Pakistan yang memuat barangan bantuan berlepas dari Rawalpindi ke kawasan bencana.
Menteri Luar Thailand, Noppadon Patama menyerahkan wang derma yang berjumlah 0.5 juta dolar Amerika kepada Duta Besar China ke Thailand, Zhang Jiuhuan di Bangkok hari ini. Beliau menyatakan, kerajaan Thailand bersedia terus membantu mangsa di kawasan bencana tersebut.
Palang Merah Amerika mengeluarkan kenyataan semalam, pihaknya akan menyumbang derma 10 juta dolar Amerika kepada Palang Merah China.
Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) mengeluarkan kenyataan semalam, mereka akan menyediakan barangan bantuan kepada China, yang diangkut ke kawasan bencana dalam tempoh 48 jam.
|