Pasukan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China, anggota polis dan tentera simpanan berjaya menyelamatkan 10, 503 orang yang tertimbus di bawah runtuhan, manakala 13,436 orang diberi rawatan kecemasan.
Serentak itu, laluan ke Kaunti Wenchuan dan Beichuan dipulihkan.
Setakat pukul 12.00 malam tadi, seramai 120 ribu orang askar terlibat dalam kerja-kerja menyelamat. Sebanyak 145 tan makanan dan ubat-ubatan digugurkan ke kawasan bencana dari udara, dan 120 ribu orang mangsa dipindahkan ke tempat perlindungan.
|