v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Angka Korban di Sichuan Catat 21,500
2008-05-16 11:10:49 Agensi Berita Xinhua China

Sehingga pukul 4.00 petang ini, angka kematian dalam gempa bumi di Sichuan mencatat 21,500 orang, manakala 159 ribu orang tercedera dan 14 ribu orang tertimbus di bawah runtuhan.

Perdana Menteri Wen Jiabao menyatakan, kawasan yang mengalami kesan kemusnahan yang paling teruk di Sichuan seluas lebih 100 ribu kilometer persegi, dan kesan itu jauh lebih buruk daripada gempa bumi di Tangshan pada tahun 1976.

Beliau menyeru agar seluruh masyarakat gigih berusaha melakukan kerja-kerja menyelamat, dan menegaskan, menyelamatkan mangsa yang masih hidup masih merupakan tugas utama sekarang.

Sehingga semalam, seramai 60 ribu orang berjaya diselamatkan. Peruntukan kerajaan pusat untuk kawasan bencana mencapai 2.25 bilion yuan RMB, manakala derma daripada pelbagai lapisan masyarakat mencecah 1.344 bilion yuan.

China telah menyetujui Jepun, Rusia, Republik Korea dan Singapura menghantar penyelamat profesional untuk kerja-kerja menyelamat.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |