Ramai pendengar bagi siaran pelbagai bahasa CRI menyampaikan simpati kepada mangsa bencana menerusi surat, telefon dan e-mel, di samping menyeru masyarakat antarabangsa menyalurkan bantuan kepada China. Mereka berharap mangsa-mangsa yang ditimpa malapetaka itu bersabar menghadapi kesulitan.
Pengerusi kelab pendengar India, Chunni Lal Kaivart dalam e-melnya menyatakan, beliau berharap China dapat menangani malapetaka itu dengan segera dan berkesan.
Pendengar dari Iraq, Salim Sraye menyatakan, "Saya hidup dalam keadaan yang kacau bilau akibat perang, jadi saya boleh memahami kesengsaraan yang dialami oleh mangsa China. Saya berharap penduduk di kawasan bencana dapat seawal mungkin mengatasi kesulitan."
Ramai pendengar dari Itali, Brazil, Pakistan, Nigeria, Afghanistan, Thailand, Jerman, Vietnam dan India pula menyatakan harapan mereka agar bencana itu tidak menjejaskan Sukan Olimpik Beijing untuk berlangsung dengan jayanya.
|