Presiden Hu Jintao menegaskan, pihak-pihak yang terlibat perlu terus berusaha untuk mengurangkan kerugian bencana kepada tahap yang minimum dalam masa yang amat mendesak sekarang. Mereka juga hendaklah mencurahkan sepenuh tenaga dalam usaha menyelamat mangsa-mangsa yang terperangkap.
Presiden China, Hu Jintao berkata demikian ketika mengadakan sidang tergempar di Lapangan Terbang Mianyang untuk mengatur kerja-kerja menyelamat.
Perdana Menteri, Wen Jiabao memaklumkan keadaan bencana, kemajuan kerja menyelamat dan kesulitan yang dihadapi sekarang kepada para peserta.
Seramai 30 ribu askar lagi akan dihantar ke kawasan bencana untuk kerja-kerja menyelamat.
Selepas sidang itu, Hu Jintao bergerak ke Kaunti Autonomi Etnik Qiang di Beichuan yang mengalami kesan kemusnahan yang agak teruk.
|