v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Orang Cina dan Perantau China di Singapura Memberikan Perhatian yang Penuh Terhadap Gempa Bumi di Sichuan

2008-05-16 16:15:06 Agensi Berita Xinhua China

Setelah kaunti Wenchuan, provinsi Sichuan China dilanda gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter pada 12 Mei lalu, persatuan orang Cina, penuntut China yang melanjutkan pelajaran dan firma China di Singapura giat menyumbangkan derma.

Kedutaan Besar China ke Singapura tidak henti-henti menerima panggilan telefon daripada orang yang bertanya mengenai cara menyumbangkan derma bermula pada petang 12 Mei lalu. Naib Pengarah Pejabat Kedutaan Besar China ke Singapura, Han Wangqiang berkata: "Ada seorang wanita warga emas datang ke kedutaan kami untuk menyumbangkan derma. Beliau berhijrah dari Tanah Besar China ke Singapura ketika berumur lebih 10 tahun. Beliau menyumbangkan derma sambil menangis. Kami amat terharu atas tindakan beliau. Selain itu, ramai penuntut China yang melanjutkan pelajaran di Singapura serta pekerja dari China yang turut menyumbangkan derma di kedutaan kami."

Kakitangan di kedutaan yang bertanggungjawab terhadap kutipan derma itu bekerja dengan amat sibuk. Sehingga semalam, jumlah kutipan derma di kedutaan besar telah mencapai kira-kira 350 ribu dolar Singapura.

Persatuan Syarikat China di Singapura telah ditubuhkan sejak 9 tahun yang lalu. Persatuan ini mula mengadakan aktiviti mengutip derma pada 15 Mei lalu. Pegawai persatuan itu, Puan Yang Weixun berkata: "Setelah gempa bumi itu berlaku, kami segera menganjurkan untuk menyumbangkan derma kepada Kedutaan Besar China di Singapura. Sementara, kami dengan secepat mungkin menghubungi pekerja China yang berasal dari Sichuan untuk mengetahui keadaan keluarga mereka di kampung halaman. Dalam tempoh dua hari, kami telah mengutip derma sejumlah 270 ribu dolar Singapura."

Beberapa buah persatuan rakyat Singapura juga giat mengadakan aktiviti mengutip derma. Pengerusi Persatuan Rakan Sekampung Sichuan Singapura, Du Zhiqiang berkata: "Sehingga sekarang, jumlah kutipan derma kami telah mencapai kira-kira 600 ribu yuan RMB."

Puan Qiu Lingxian merupakan tauke restoran di Singapura. Katanya, "Saya telah menderma sejumlah 10 ribu dolar Singapura. Restoran kami ada ramai tukang masak dari wilayah Sichuan. Rumah mereka ada yang musnah dan keluarga mereka ada yang cedera atau maut. Ramai kawan-kawan saya di Chengdu, ibu kota wilayah Sichuan telah berkhidmat sebagai sukarelawan dalam operasi menyelamat."

Encik Zhou berasal dari Chengdu, beliau masih belum dapat menghubungi keluarga dan sahabatnya di kampung halaman. Katanya, "Orang Cina dan perantau China di sebarang laut termasuk di Singapura memberikan perhatian yang penuh terhadap perkembangan berita bencana tersebut."

Penuntut-penuntut China yang melanjutkan pelajaran mereka di Singapura amat sedih setelah mendengar berita bencana itu. Mereka berusaha mengumpulkan bantuan untuk mangsa di Sichuan. Li Xi, penuntut China di Institusi Politeknik Temasek Singapura berkata: "Kami merancang untuk mengadakan perhimpunan untuk bertafakur dan menyalakan lilin untuk menyampaikan rasa duka cita kami kepada mangsa dalam bencana tersebut."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |