v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pasukan Penyelamat Lakukan Usaha Gigih untuk Selamatkan Mangsa
2008-05-17 16:30:20 Agensi Berita Xinhua China

Sehingga pukul 2.00 petang tadi, jumlah korban dalam gempa bumi Sichuan mencatat 28,881 orang manakala kecederaan mencecah 200 ribu.

Presiden China, Hu Jintao dan Perdana Menteri, Wen Jiabao mengarahkan mangsa-mangsa dalam gempa bumi Sichuan mesti segera diselamatkan. Pasukan penyelamat sedang melakukan usaha gigih untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap.

Seramai 110 ribu orang askar dan polis terlibat dalam kerja-kerja menyelamat di 58 buah kampung yang mengalami kesan kemusnahan yang agak teruk di Sichuan. 163 orang berjaya diselamatkan. Sehingga pukul 8.00 malam semalam, 110 ribu orang mendapat rawatan di hospital.

Pegawai dari Jabatan Pelancongan Jiuzhaigou, Sichuan menyatakan, kira-kira sepuluh ribu orang pelawat yang terkandas selamat dibawa keluar dari destinasi pelancongan Jiuzhaigou. Kemudahan di kawasan itu tidak terjejas.

Tiada wabak penyakit atau peristiwa kecemasan kesihatan dilaporkan. Sehingga semalam, bekalan air dipulihkan di 70% kawasan di Sichuan, tetapi, masih terdapat 1.4 juta orang menghadapi kekurangan air minuman, manakala sebanyak 2.6 juta buah khemah diperlukan.

Berdasarkan statistik Kementerian Hal Ehwal Awam, sehingga pukul 1.00 tengah hari tadi, derma daripada pelbagai lapisan masyarakat dalam dan luar negara melebihi 6 bilion yuan RMB.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |