v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Masyarakat Antarabangsa Terus Berikan Bantuan ke Kawasan Bencana Gempa di Sichuan

2008-05-17 15:34:13 CRI

Masyarakat antarabangsa terus memberikan bantuan ke kawasan yang dilanda bencana gempa di Sichuan.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon berkata di New York semalam, pihaknya menghargai kerajaan China kerana mengambil tindakan kecemasan dan berkesan untuk menyelamat mangsa di kawasan bencana. Dalam satu kenyataan, beliau mengumumkan akan mengeluarkan 7 juta dolar Amerika daripada Tabung Kecemasan Pusat PBB ke kawasan bencana di Sichuan serta menyatakan PBB bersedia memberikan lebih banyak bantuan menurut permohonan China. Suruhanjaya Kesatuan Eropah mengumumkan semalam untuk menyalurkan barangan bantuan bernilai 2 juta Euro ke China.

Selain itu, Bank Dunia dan akan menyumbang 1.5 juta dolar Amerika Manakala Bank Pembangunan Asia, 1.65 juta dolar Amerika untuk kerja-kerja menyelamat, pembangunan semula dan penubuhan sistem kecemasan bencana. Kedua-dua bank tersebut juga menyatakan kesediaan untuk menyediakan pinjaman bantuan kecemasan dan membantu kerajaan China untuk menilai kerugian bencana dan keperluan pembangunan semula.

Di samping itu, tokoh-tokoh pelbagai lapisan masyarakat dan perusahaan di Jepun, Republik Korea, Switzerland, Britain dan Kanada menyumbang derma ke kawasan bencana melalui kedutaan China di negara masing-masing.

Orang Cina, perantau China, perusahaan pelaburan China, pelajar China di seberang laut dan pegawai kedutaan China di negara A.S., Belanda, Austria, Finland, Kemboja, Nigeria, Malaysia, Nepal, Oman dan Sudan turut menyumbang derma ke kawasan bencana di Sichuan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |