Orang Cina, perantau China, perusahaan pelaburan China dan pelajar China di seberang laut dan kedutaan China di negara asing terus giat menyumbang derma ke kawasan yang dilanda bencana gempa di Sichuan.
Setakat pukul 6.00 petang semalam, pelbagai pertubuhan orang Cina di New York mengutip derma berjumlah 614 ribu dolar Amerika. Pelajar China di Tennessee dan Washington juga menyertai aktiviti kutipan derma.
Pengerusi Persatuan Buku Bahasa Mandarin PBB, Xie Jiahui semalam mewakili kakitangan PBB orang Cina dan warga China menyerahkan kutipan derma lebih 30 ribu dolar Amerika kepada wakil tetap China ke PBB, Wang Guangya.
Pengerusi Persatuan Persahabatan Pelajar China di Jepun, Li Guangze menyerahkan wang derma kali kedua sebanyak 2 juta Yen Jepun kepada Kedutaan Besar China di Jepun.
|