v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kerajaan Malaysia Akan Sumbang Derma 1.5 Juta Dolar Amerika untuk Mangsa Bencana Gempa di Sichuan
2008-05-17 18:56:16 Agensi Berita China

Menurut Kedutaan Besar China di Kuala Lumpur, menyatakan Kerajaan Malaysia akan menyumbang derma 1.5 juta dolar Amerika untuk kawasan yang dilanda bencana gempa di Sichuan.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Malaysia, sumbangan derma tersebut akan diserahkan kepada Kedutaan Besar China.

Beberapa akhbar berbahasa Mandarin di Malaysia menyeru para pembaca menyumbang derma ke kawasan bencana. Beberapa pertubuhan orang Cina di Malaysia meneruskan usaha kutipan derma.

17 buah pertubuhan orang Cina utama termasuk Persatuan Persahabatan Malaysia-China akan mengadakan pertunjukan amal untuk mengutip derma pada 1 Jun nanti dan berharap dapat mengutip RM 1.6 juta..

Di samping itu, Kumpulan Singa Emas menyumbang derma berjumlah 2 juta yuan RMB manakala Persatuan Perniagaan Cina Pulau Pinang menyumbang RM 500 ribu.

Setakat malam tadi, jumlah derma yang diterima oleh Kedutaan Besar China mencapai RM 1.58 juta.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |