Presiden Hu Jintao semalam tiba di Kaunti Wenchuan, pusat gempa bumi kali ini untuk mengetahui keadaan bencana dan mengarahkan usaha menyelamat.
Pada malam tadi, Hu Jintao mempengerusikan mesyuarat di Chengdu untuk mendengar laporan kerja menyelamat dan mengatur usaha menyelamat selanjutnya.
Dalam ucapannya, Hu Jintao menegaskan, pelbagai pihak harus terus mencari mangsa dalam runtuhan, sedaya upaya mengubati orang cedera, mengatur kehidupan mangsa-mangsa, membaiki infrastruktur yang rosak dalam bencana dan mengadakan pembinaan semula.
Pagi tadi, Hu Jintao meneruskan tinjauannya ke bandar Shifang.
|