Perdana Menteri China Wen Jiabao semalam menegaskan, kerja-kerja menyelamat hendaklah diteruskan sedaya upaya dengan mengambil segala langkah untuk menyelamatkan mangsa yang masih hidup.
Beliau menyatakan, usaha menyelamat perlu diperkuat di kawasan yang baru dimasuki oleh pasukan penyelamat. Perlu dihantar lebih ramai pakar perubatan yang berpengalaman dan kemudahan rawatan kecemasan ke kawasan yang mengalami bencana teruk serta kawasan terpencil.
Wen Jiabao mempengerusi mesyuarat jabatan pengarahan penyelamatan gempa bumi di Beijing semalam. Katanya, kehidupan mangsa bencana perlu diatur dengan baik. Dengan juga mengurus mangsa yang maut dalam bencana itu perlu dilakukan dengan sempurna.
Wen Jiabao juga menyatakan, kerja kesihatan dan kekebalan di kawasan bencana harus dijalankan dengan baik. Jabatan berkenaan perlu mengstabilkan taraf harga di pasaran tempatan, menggalakkan seluruh masyarakat menyumbang barangan bantuan ke kawasan bencana dan mencegah berlakunya kerosakan daripada gempa bumi kukulan dan pelbagai bencana kampingan.
|