Tiada wabak penyakit merebak atau kes kesihatan kecemasan dilaporkan di kawasan bencana gempa bumi di Sichuan. Bekalan darah yang dihantar ke kawasan itu mencukupi.
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan China, setakat hari ini, kementerian itu menghantar lebih 5500 orang jururawat dan 500 buah ambulans ke kawasan bencana. Kumpulan kerja itu sedang menjalankan kerja di semua kawasan bencana. Kementerian itu juga menghantar barang perubatan kecemasan ke kawasan tersebut.
Sehingga pukul 10 pagi tadi, tentera China menghantar jumlah 3020 orang doktor dan jururawat ke 35 kaunti di kawasan bencana untuk menjalankan kerja menyelamat.
Pegawai Kementerian Pertanian China berkata, kementerian itu menghantar kumpulan kerja yang terdiri daripada pakar dan staf pencegahan wabak, menyahjangkit alam sekitar supaya mencegah wabak yang mungkin disebabkan oleh kematian binatang.
|