v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Media Asing Hargai Usaha China Atasi Bencana Gempa

2008-05-18 16:13:44 CRI

Beberapa media asing menyiarkan rencana yang menghargai usaha gigih kerajaan dan rakyat China mengatasi bencana gempa di Sichuan, baru-baru ini.

Menurut rencana pengarang akhbar Lianhezaobao Singapura semalam, kerajaan China sekali lagi membuktikan kemampuannya untuk membimbing dengan jayanya keseluruhan kerja menyelamat mangsa bencana gempa di Sichuan. Selain itu, ketelusan maklumat dan sikap terbuka terhadap pasukan penyelamat asing bukan sahaja menyatu-padukan rakyat tetapi juga mencerminkan kemajuan dan keyakinan diri negara yang besar itu.

Laman web berbahasa Mandarin Radio Deutsche Welle Jerman menyiarkan rencana wartawan radio RBB Jerman di Beijing kelmarin. Rencana itu menyatakan, kerajaan China mengambil tindakan kecemasan dan mencurahkan sepenuh tenaga untuk menyelamatkan mangsa. Kerajaan China memaklumkan situasi kawasan yang dilanda bencana gempa secara telus dan segera. Kerja-kerja menyelamat yang dijalankan oleh kerajaan China sewajarnya mendapat pujian masyarakat antarabangsa.

Selain itu, media Jepun, Vietnam, Indonesia, Republik Rakyat Demokratik Korea, New Zealand dan Portugal turut menyiarkan laporan tentang rakyat China bertungkus-lumus membantu menyelamatkan mangsa.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |