v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Masyarakat Antarabangsa, Orang Cina dan Perantau China di Seberang Laut serta Sahabat Asing Terus Menyediakan Bantuan untuk Kawasan Bencana China
2008-05-19 13:57:14 CRI

Masyarakat antarabangsa terus menyampaikan simpati dan menyumbang bantuan kepada China. Perantau China dan orang Cina di seberang laut serta sahabat asing juga aktif menderma wang.

Presiden Afrika Selatan, Thabo Mbeki, Presiden Argentina, Christina Fernandez, Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe, dan Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper telah menyampaikan takziah dan rasa sedih kepada Presiden China, Hu Jintao. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Tajikistan, Oqil Oqilov, Perdana Menteri Perancis, Francois Fillon, Perdana Menteri Sweden, Fredrik Reinfeldt, Perdana Menteri Mesir, Ahmed Mahmoud Mohamed Nazef menyampaikan takziah dan rasa sedih kepada Perdana Menteri China, Wen Jiabao.

Kerajaan Malaysia memutuskan untuk menyediakan bantuan sejumlah 1.5 juta dolar Amerika. Kerajaan Australia menyediakan bantuan yang berjumlah 1 juta dolar Australia melalui Persatuan Palang Merah Antarabangsa. Kerajaan Itali menyediakan bantuan barangan dan kewangan yang bernilai 500,000 Euro. Kerajaan Finland menyediakan 500,000 Euro. Kerajaan Belanda menyumbang 500,000 Euro melalui Persatuan Palang Merah Antarabangsa.

Serentak itu, perantau China, orang Cina dan pelajar China di A.S., Jepun, Perancis, Indonesia, Myanmar, Arab Saudi, Jerman, Iceland dan Turki serta Pasukan Perubatan Misi Pengaman China di Republik Congo juga menderma wang untuk kawasan bencana.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |