Ppelbagai kalangan masyarakat China terus menyumbangkan derma dan barangan keperluan kepada mangsa di kawasan bencana Sichuan.
Setakat pukul 12.00 tengah hari semalam, 123 perusahaan milik negara besar yang di bawah pimpinan langsung kerajaan pusat China telah menyumbangkan derma sejumlah 932 juta yuan RMB dan barangan bernilai 103 juta yuan RMB. Jumlah keseluruhannya mencapai 1.035 bilion yuan RMB.
Sehingga pukul 11.00 malam tadi, pelbagai kalangan masyarakat Hong Kong telah menyumbangkan lebih 400 juta dolar Hong Kong untuk kawasan bencana melalui Pejabat Perhubungan Kerajaan Pusat ke Hong Kong.
Setakat ini, penganut agama Buddha Tibet di Lhasa telah menghulurkan sumbangan ikhlas sebanyak lebih 100 ribu yuan RMB untuk kawasan bencana. Selain itu, pelbagai biara di Tibet mengadakan majlis berdoa untuk mangsa-mangsa yang terkorban dalam bencana.
|