v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

9720 Orang Pelancong telah Dipindah ke Luar Kawasan Bencana Gempa
2008-05-19 13:59:52 Agensi Berita Xinhua China

Setakat pukul 12.00 tengah hari semalam, 9720 orang daripada lebih 10 ribu orang pelancong dari dalam dan luar negara yang terkandas di Sichuan kerana gempa bumi telah dipindah ke luar kawasan bencana.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Pelancongan Negara China, Wang Zhifa berkata di Beijing bahawa selepas gempa bumi berlaku, terdapat 10386 orang pelancong terperangkap di kawasan bencana. Antaranya, 1073 orang pelancong dari luar negara serta Taiwan, Hong Kong dan Makau. Setakat pukul 12.00 tengah hari semalam, 9720 orang telah dipindahkan ke tempat yang selamat.

Kesemua 26 orang anggota rombongan pelancong dari Malaysia yang pernah terperangkap di kawasan gempa bumi Sichuan telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan selamat pagi tadi dengan menaiki Penerbangan Syarikat Penerbangan Timur China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |