Pusat Penerangan Gempa Bumi Provinsi Sichuan China semalam menyatakan Jabatan Kewangan Sichuan menerima dana bantuan khas sebanyak 2.686 bilion yuan RMB. Antaranya, peruntukan kerajaan pusat sebanyak 1.773 bilion yuan RMB, manakala wang sumbangan dari pelbagai pihak mencatat 913 juta yuan RMB. Setakat pukul 5.00 petang semalam, kerajaan pusat telah memperuntukkan dana gempa bumi sebanyak 5.782 bilion yuan RMB.
|