Duta-duta Besar dan diplomat dari 80 buah negara dan para wakil pertubuhan antarabangsa pagi tadi mengunjungi Kementerian Luar China dan menandatangani buku takziah sebagai tanda berkabung kepada mangsa yang terkorban dalam bencana gempa bumi di Sichuan.
Duta besar dan diplomat pelbagai negara dan wakil pertubuhan antarabangsa juga menyampaikan rasa simpati dan sedih kepada kerajaan dan rakyat China. Mereka menyanjung tinggi kerajaan dan rakyat China kerana menunjukkan semangat berani dan usaha gigih dalam menyelamat mangsa bencana gempa bumi. Mereka yakin kerajaan dan rakyat China akan dapat mengatasi semua kesukaran dan membina semula kampung halaman.
Semasa diwawancara oleh wartawan CRI, Duta Besar Jepun, Yuji Miyamoto menyatakan harapan untuk meningkatkan kerjasama kedua-dua negara bagi mencegah gempa bumi. Duta Besar A.S., Rusia, Sepanyol dan Kanada menyatakan kesediaan untuk menambah bantuan bencana kepada China sekiranya diperlukan. Duta Besar Afrika Selatan dan Republik Korea berpendapat, walaupun rakyat China menderita gempa bumi yang begitu dahsyat, namun mereka yakin Sukan Olimpik Beijing pasti akan diadakan dengan berjaya.
|