v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Umumkan Tempoh Berkabung Selama Tiga Hari

2008-05-19 15:59:43 CRI

Wenchuan, provinsi Sichuan China dilanda bencana gempa pada 12 Mei lalu. Seramai lebih 32 ribu orang terkorban dan lebih 220 ribu orang cedera dalam bencana ini. Untuk menyampaikan rasa dukacita kepada mangsa korban dalam bencana tersebut, dan keluarga mereka, kerajaan China mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari dari 19 hingga 21 Mei di seluruh negara. Dalam tempoh itu, larian obor Sukan Olimpik dihentikan, bendera kebangsaan dikibarkan pada separuh tiang, dan semua aktiviti hiburan dibatalkan. Berikut ialah laporan terperinci tentang hal itu.

Pada pukul 4.58 pagi tadi, Bendera Kebangsaan China dikibarkan separuh tiang dalam upacara menaikkan bendera di Lapangan Tian'anmen Beijing sebagai tanda berkabung untuk korban nyawa dalam gempa bumi Sichuan. Ini merupakan pertama kali China mengibarkan bendera kebangsaan separuh tiang untuk orang awam.

Beribu-ribu penduduk Beijing berkumpul di Lapangan Tian'anmen pagi tadi untuk menyertai upacara menaikkan bendera. Selepas upacara itu, wartawan kami mengadakan wawancara dengan Encik Tian Guanghui dan anak perempuannya. Kata anak Encik Tian Guanghui: "Antara mangsa korban di Sichuan, terdapat budak yang seumur dengan saya. Mereka tertimbus dalam bangunan yang runtuh. Saya berasa amat sedih."

Kata ayahnya: "Saya berasa amat sedih, namun saya juga merasakan betapa rakyat negara kita bersatu padu dengan kukuh."

Selain penduduk Beijing, ramai orang dari tempat- tempat yang lain, sama ada penuntut atau yang keluar untuk bertugas di Beijing turut menyertai upacara tersebut. Luo Wenqin dari Shenzhen, China datang bertugas di Beijing beberapa hari lalu. Beliau bangun pada pukul 4 pagi dan datang ke Lapangan Tian'anmen. Beliau yakin rakyat di kawasan bencana dapat membangunkan semula kampung halaman mereka. Katanya: "Bencana sudah berlaku, tidak boleh diubah. Begini ramai orang memberikan sokongan dan bantuan. Rakyat Sichuan perlu mengekalkan semangat dan berusaha membangunkan semula kampung halaman mereka."

Encik Dun Shixin, seorang pegawai kerajaan China tidak segera meninggalkan kawasan Tian'anmen selepas upacara tersebut, dan bertafakur selama beberapa minit. Beliau berkata, bencana kali ini merupakan kemalangan yang besar. China mengumumkan tempoh berkabung dan mengibarkan bendera pada separuh tiang bukan sahaja untuk memberikan saluran kepada rakyat untuk menyampaikan rasa dukacita kepada mangsa korban dalam bencana gempa bumi ini, tetapi juga mencerminkan penghormatan dan kesayangan kerajaan kepada nyawa. Katanya: "Tempoh berkabung merupakan pendidikan kewarganegaraan yang baik bagi rakyat seluruh negara. Ia juga mencerminkan persatupaduan rakyat dan kemurnian umat manusia."

Joe Bircher, pelajar warga A.S. yang menuntut di China juga menyertai upacara menaikkan bendera pagi tadi. Katanya: "Saya berasa amat dukacita, begitu ramai orang terkorban. Kita tidak boleh menghalang berlakunya bencana gempa. China amat bagus, dan kerajaa China telah berusaha sedaya upaya."

Pagi tadi, Kementerian Luar China dan Kedutaan Besar China di luar negara mengibarkan bendera pada separuh tiang, dan lebih 60 orang Duta Besar luar negara ke China memberikan ucapan takziah di Kementerian Luar China.

Pada pukul 14:28 petang tadi, iaitu waktu yang sama Sichuan dilanda bencana gempa tujuh hari lalu, rakyat seluruh negara bertafakur selama tiga minit, dan pada masa yang sama, siren kereta, kereta api, kapal dan amaran serangan udara dibunyikan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |