v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Tentera China Berusaha Melaksanakan Penyelamatan secara Menyeluruh

2008-05-19 16:06:37 CRI

Selepas berlakunya gempa bumi di Sichuan, pasukan Tentera Pembebasan Rakyat China dan anggota polis segera melakukan kerja-kerja menyelamat. Pasukan tentera dan anggota polis sebagai kekuatan utama dalam gerakan itu, jumlah lebih 110 ribu orang dihantar ke kawasan bencana. Pihak tentera China semalam menyatakan bahawa kerja-kerja menyelamat sekarang ini telah memasui peringkat penting. Pasukan tentera dan anggota polis telah bertungkus lumus menyelamatkan mangsa dan membantu penduduk di kawasan bencana itu membangunkan semula kampung halaman mereka dan memulihkan pengeluarannya.

Selepas gempa bumi teruk berlaku di Sichuan China pada 12 Mei yang lalu, jalan raya, bekalan elektrik dan telekomunikasi terputus di beberapa kawasan yang mengalami bencana teruk termasuk kaunti Wenchuan, pusat gempa bumi ini sehingga perhubungan tidak dapat dilakukan dengan tempat lain. Dalam masa yang sama, runtuhan batu dari gunung akibat gempa bumi berlaku, dan cuaca di sana menjadi sangat buruk. Gegaran susulan juga turut berlaku berulang kali, mengakibatkan usaha menyelamat menghadapi banyak kesukaran. pasukan penyelamat pertama tentera China segera pergi ke kawasan bencana tersebut hanya 14 minit selepas gempa bumi berlaku. Dalam sidang akhbar Dewan Negara China semalam, jurucakap Kementerian Pertahanan China, Hu Changming berkata, seramai 200 orang anggota polis berjalan kaki sejauh lebih 90 kilometer selama 21 jam masuk ke kaunti Wenchuan ketika hujan turun dengan lebat. Askar payung terjun tentera udara berjaya mendarat di kawasan bencana teruk tanpa bantuan data kaji cuaca yang tepat dan panduan darat. Anggota tentera berusaha selama 40 jam untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang berumur 11 tahun. Usaha begini dilakukan mereka setiap hari.

Hu Changming berkata, setakat pukul 4 petang kelmarin, jumlah anggota tentera dan anggota polis China yang menyertai usaha menyelamat di kawasan bencana melebihi 110 ribu orang. Helikopter telah digunakan lebih seribu kali, manakalan lebih 110 ribu jentera telah digunakan dalam usaha penyelamatan itu. Demi nerawat mangsa cedera di kawasan bencana itu, tentera China juga menghantar banyak pasukan perubatan ke kawasan bencana. Di samping itu, sejumlah besar ubat-ubatan dan peralatan perubatan juga telah diangkut ke kawasan bencana itu.

Pegawai Tentera Pembebasan Rakyat China, Ma Gaihe berkata, usaha menyelamat telah meningkat keefisienannya dengan menggunakan peralatan moden dan cara penyelamatan yang maju. Kata beliau, kami sentiasa melaksanakan kerja-kerja penyelamatan yang saintifik, memainkan peranan pasukan penyelamat profesional, menggunakan peralatan yang moden sepanjang tempoh usaha penyelamatan ini. Cara penyelamatan menerusi satelit juga digunakan dalam penyelematan ini, keefisienan kerja meningkat secara besar-besaran.

Beliau menyatakan bahawa kerja-kerja penyelamatan di kawasan bencana sekarang ini memasuki peringkat yang penting. Tentera China akan mengatasi semua kesukaran, berusaha untuk menyelamatkan penduduk di sana dan membantu mereka membangunkan semula kampung halaman dan memulihkan usaha pengeluarannya.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |