Pelbagai lapisan masyarakat China terus menyumbang barangan dan wang untuk kawasan bencana Sichuan.
Pagi semalam, barangan bernilai lebih 10 juta yuan RMB daripada Persekutuan Kesatuan Sekerja Seluruh China telah dihantar ke kawasan bencana Sichuan. Setakat pukul 4.00 petang semalam, kesatuan sekerja pelbagai peringkat dan kalangan pekerja di seluruh China telah menderma 214 juta yuan RMB.
Sehingga pukul 5.00 petang semalam, sumbangan daripada Bank Pembinaan China mencatat 70.26 juta yuan RMB.
Kerajaan dan pelbagai lapisan Wilayah Pentadbiran Khas Makau menyumbang lebih 120 juta pataca Makau.
Syarikat-syarikat Taiwan dan saudara setanah air Taiwan di provinsi Fujian juga menghulurkan bantuan berupa barangan dan wang yang bernilai lebih 40 juta yuan RMB.
|