Ketika memindahkan mangsa di kawasan bencana gempa bumi, usaha menjamin pendidikan kanak-kanak dan mencegah wabak perlu diberikan keutamaan.
Setiausaha Eksekutif Sekretariat Strategi Pengurangan Bencana Antarabangsa PBB (ISDR), Salvano Briceno berkata semalam, kerja penempatan mangsa bencana memerlukan usaha bersama kerajaan tempatan, badan dan pertubuhan berkenaan dan pelbagai lapisan masyarakat. Dalam usaha itu, kanak-kanak merupakan kumpulan yang perlu diberikan perhatian yang istimewa dan berterusan. Pendidikan terhadap kanak-kanak perlu dipulihkan dengan segera.
Menurutnya, pencegahan wabak juga merupakan tugas utama pasca bencana. Bagi rakyat di kawasan bencana, jika kedua-dua masalah tersebut diselesaikan, mereka akan menunggu pelaksanakan pembangunan semula dengan hati yang tenang.
|