v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Masyarakat Antarabangsa Menyampaikan Takziah Atas Korban Nyama Mangsa dalam Gempa Bumi Wenchuan

2008-05-20 16:15:16 CRI

Masyarakat antarabangsa menyampaikan takziah atas korban nyawa dalam gempa bumi Wenchuan melalui pelbagai cara semalam.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon melawat tempat buku takziah Delegasi China di PBB. Beliau menulis dalam buku takziah bahawa, berhadapan dengan krisis yang besar ini, masyarakat antarabangsa bersedia bersama dengan rakyat China.

Naib Setiausaha Agung PBB yang juga Pengarah Pejabat PBB di Geneva, Sergei Ordzhonikidze melawat ke ruang takziah di pejabat Delegasi China di Geneva. Beliau berharap agar rakyat China dapat menangani bencana itu dan mengatasinya seperti masa lalu.

Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Pascal Lamy juga melawat pejabat Delegasi China di WTO di Geneva untuk menyampaikan takziah.

Pada pukul 2.28 petang semalam, Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) juga membunyikan amaran serangan udara, menggunakan cara yang sama untuk berkabung kepada mangsa bencana.

Pemimpin parti pemerintah dan kerajaan DPRK hari ini mengunjungi Keduataan Besar China di Pyongyong untuk menyampaikan takziah. Mereka yakin rakyat China akan mengatasi melapetaka ini dan mampu membangunkan semula kampung halaman yang musnah.

Tokoh-tokoh politik Vietnam, Republik Korea, Bangladesh, Kazakhstan, Uganda, Perancis dan Itali juga melawat Kedutaan Besar China tempatan untuk menyampaikan takziah dan simpati kepada rakyat China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |