Siri rancangan radio bantuan psikologi pasca bencana mula disiarkan oleh Radio Antarabangsa China (CRI) dan Radio Kebangsaan China (CNR) pada 18 Mei. Rancangan seumpama ini adalah kali pertama disiarkan olah dua stesen radio peringkat negara itu. Pakar-pakar psikologi dari dalam dan luar negara China menyediakan bantuan psikologi untuk rakyat di kawasan bencana melalui radio.
Siri rancangan tersebut dianjurkan oleh Institut Pengajian Psikologi Akademi Sains China dan Persatuan Ahli Psikologi China. Dalam program tersebut, pakar dari Persatuan Ahli Psikologi China mengadakan komunikasi langsung dengan rakyat di kawasan bencana. Program yang disiarkan oleh CRI juga termasuk pengetahuan bantuan psikologi.
Penyelaras program tersebut menyatakan, siri rancangan itu akan diteruskan dalam jangka panjang. Ini memperlihatkan hasrat bersama pengamal media, ahli psikologi dan pelbagai kalangan masyarakat seluruh negara untuk menyumbang kepada usaha membantu mangsa bencana.
|