Beberapa tokoh besar luar menyampaikan simpati kepada rakyat China yang mengalami bencana gempa bumi Sichuan dan mengkagumi usaha-usaha menyelamat.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon pagi semalam mengunjungi pejabat Wakil Tetap China ke PBB untuk menyampaikan takziah atas korban dalam gempa bumi Sichuan. Beliau menyanjung tinggi "kekuatan, ketabahan dan keberanian" yang diperlihatkan oleh rakyat China semasa menghadapi cabaran tersebut.
Semasa menerima kunjungan Duta Besar China ke Kuwait, Wu Jiuhong semalam, Emir Kuwait, Jaber al-Ahmed al-Sabah melahirkan rasa kagum terhadap usaha menyelamat kerajaan China yang cepat, berkesan dan mengutamakan rakyat.
Menteri Luar dan Perdagangan Republik Korea, Yu Myung-Hwan petang semalam datang ke Kedutaan Besar China di Seoul untuk menyampaikan takziah atas korban gempa. Beliau berkata, usaha-usaha menyelamat yang dilaksanakan oleh pemimpin dan rakyat China sangat mengagumkan dan mengharukan.
Pengarah Eksekutif Sekretariat Sidang Interaksi dan Pembinaan Kepercayaan Di Asia (CICA), Jandos Asanov datang ke Jabatan Perwakilan Kedutaan Besar China ke Kazakhstan di Almaty untuk menyampaikan takziah. Beliau yakin kerajaan dan rakyat China mampu mengatasi bencana kerana gempa bumi itu.
Selain itu, media Mesir dan Singapura turut menerbitkan rencana yang menghargai usaha menyelamat China.
|