v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wen Jiabao Pengerusikan Sidang Ke-10 Markas Operasi Menyelamat Mangsa Gempa Bumi
2008-05-20 13:43:57 CRI

Sidang Kali Ke-10 Markas Operasi Menyelamat Mangsa Gempa yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri China, Wen Jiabao petang semalam mendengar laporan keadaan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkat di kawasan bencana. Selain itu, keadaan khidmat rawatan kepada mangsa cedera, pengurusan mayat mangsa yang terkorban dan pencegahan wabak di kawasan bencana juga dilaporkan dalam sidang tersebut.

Sidang tersebut telah membuat beberapa keputusan untuk mengangani bencana, iaitu pasukan tentera perlu memperluaskan operasi mencari dan menyelamat di samping mengatasi sebarang kesukaran untuk memasuki semua kampung yang dilanda gempa dalam tempoh 24 jam. Selain itu, melaksanakan kerja-kerja mencegah wabak dan menjamin rawatan perubatan, dan bekalan kelengkapan dan peralatan perubatan disediakan di semua kawasan bencana. Anggota perubatan dan ubat-ubatan bagi mencegah wabak perlu dihantar melalui udara ke kawasan yang belum ada pasukan pencegah wabak dan ahli perubatan. Tentang pengurusan mayat mangsa, kerja mengesahkan identity mayat mangsa hendaklah dibuat secepat mungkin dan mayat-mayat perlu diuruskan dengan panduan badan kesihatan. Mereka juga hendaklah menenangkan ahli keluarga mangsa korban dan berusaha membantu anak-anak yatim piatu, orang tua dan orang kurang upaya yang kehilangan keluarga dalam bencana gempa.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |