v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Langkah Menjamin Bekalan Ubat-ubatan dan Kelengkapan Perubatan Diambil di Kawasan Bencana Gempa Bumi
2008-05-20 15:23:22 CRI

Jabatan Pentadbiran Penyeliaan Makanan dan Ubat Negara China semalam mengumumkan lima langkah baru untuk dilaksanakan serta merta bagi menjamin bekalan ubat-ubatan dan kelengkapan perubatan di kawasan bencana gempa bumi.

Langkah-langkah tersebut termasuk, menghantar sebuah kumpulan kerja ke kawasan bencana untuk mengetahui keperluan terhadap ubat-ubatan dan kelengkapan perubatan, di samping menyelia dan menyelaras pengagihan barang tersebut. Mereka juga menghantarkan kumpulan teknikal yang memeriksa ubat-ubatan dengan secepat mungkin ke kilang-kilang yang mengeluarkan ubat dan kelengkapan perubatan yang diperlukan supaya produk darah dan vaksin berkenaan diluluskan segera dan membantu badan berkenaan membuat persiapan awal bagi memastikan perubatan yang mencukupi.

Setakat pukul 12 malam semalam, anggota pasukan pencegah wabak provinsi Sichuan terus melaksanakan tugas di kawasan bencana. Sebanyak 7897 mayat mangsa korban telah diuruskan dan tiada wabak penyakit berjangkit dan peristiwa kecemasan kesihatan dilaporkan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |