A.S., Rusia dan Brazil terus menghulurkan bantuan untuk kawasan bencana gempa bumi di Sichuan, China.
Barang-barang bantuan tambahan sumbangan kerajaan A.S. yang bernilai satu juta dolar A.S termasuk makanan, generator elektrik, mesin pemampat udara dan alat pemotong akan tiba ke Chengdu esok dengan kapal terbang khas. Setakat ini, pelbagai lapisan masyarakat dan kerajaan A.S. menyumbang wang dan barang bantuan bernilai 34 juta dolar A.S. kepada pihak China.
Pasukan Perubatan Rusia tiba di Chengdu dengan pesawat terbang pagi tadi. Pesawat tersebut turut mengangkut peralatan hospital, peralatan kenderaan dan barang bantuan. Selain itu, satu lagi pesawat Rusia yang memuatkan 36 tan barang bantuan kemanusiaan akan tiba ke Chengdu.
Sebanyak 6 buah negara di Amerika Latin menyerahkan senarai barang bantuan kepada Kementerian Luar China hari ini. Antaranya Brazil menyumbang bantuan bernilai 200 ribu dolar A.S..
|